Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya.
Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang. Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu.Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah. Tentang perkara lalu tidak perlu saya kenang lagi. Perubahan tersebut juga membuatkan diri saya lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan
Semoga kehidupan Leina Hangat akan lebih diberkati, dirahmati dan terasa ketenangannya selepas bertudung. Mungkin boleh tanya orang yang lebih arif mengenai gambar-gambar zaman jahiliah anda. Tanyalah sama ada perlu dipadam atau tidak. Pasti ada jawapan yang lebih konkrit daripada mereka.